Wednesday, September 12, 2012

Sheikh Read Solah Pemimpin terbilang di Al Aqsa

Assalam,

Semalam walaupun lewat ckit sampai surau tp berkesempatan mendengar perkabaran mengenai Al Aqsa dari Sheikh. Kesempatan ini kerana HQ Aman Palestin terletak di Bangi dan sheikh di bawak ke surau sebelum ke Ipoh untuk mengumpul dana 100,000 usd untuk keperluan memperbaiki Masjidil Al-Aqsa yg kian rosak kerana aktiviti penggalian terowong oleh israel di bawah masjid Al-Aqsa tapi x jumpa apa pun. dengan kesan tembakan dan bom dari tentera Israel ke atas Masjidil Al-Aqsa so beliau dtg utk menerima derma dari kita.

Sempat gak dgr cerita ckit2 dari beliau...cuma walaupun kena ada org translate tp kelibat sheikh amat lembut orgnya dan tegas dlm memberi ucapan. Beliau adalah pimpinan tertinggi di Al-Aqsa dalam memastikan Aqsa kembali ke tangan Islam walaupun byk rintangan yg di hadapi sheikh. Boleh kita search dlm wikipedia utk maklumat beliau...walaupun berapa kali kena tangkap dan hampir dibunuh Allah menyelamatkan beliau untuk menjaga kesucian Al-Aqsa. Antara kata2 sheikh yg membuat hati luntur.

"Aku berjanji setia dalam diriku setelah aku berjanji setia kepada Allah untuk menyedekahkan umurku, waktuku, dan semua yang aku miliki untuk Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa," 

Kata2 terakhir beliau semoga kita berjumpa kelak di Al-Aqsa nanti dimana Islam telah berjaya menawan balik Al-Aqsa

Doa beliau semoga umat Islam berada didalam saf2 yg rapat dan kuat dalam berjuang menawan semula Masjidil Aqsa dan Al Quds.

31 Mei - Syeikh Raid Solah, tokoh pembebasan Palestin, yang berada dalam kapal Mavi Marmara dalam misi konvoi Freedom Flotilla mengalami cedera parah setelah di  serang oleh pasukan Israel. Beliau dilaporkan menjalani operasi rawatan akibat serangan tersebut
Beliau adalah 8 org yg sepatutnya dibunuh oleh komando Israel tp Allah telah menyelamatkan beliau yg terbunuh adalah org lain mirip seakan beliau.

Sebelum berpisah semua jemaah berkesempatan bersalam, berpeluk dan mencium pipi beliau. Terharu sangat2 sebab dapat peluk seorang Mujahidin yg InsyaAllah kalau mati akan Syahid beliau.......

Beliau jumpa menjaga ribuan anak yatim palestin yg kehilangan ibu, ayah serta saudara mara. Serta memastikan sentiasa ada org yg belajar di perkarangan Masjidil Aqsa bagi mengelakkan Yahudi Laknatullah masuk menceroboh masjidil Aqsa.

Kalau ada yg nk menderma bleh buka lamanweb aman palestin.

http://en.wikipedia.org/wiki/Raed_Salah

No comments:

Post a Comment