Tuesday, November 27, 2012

MUsim makan free telah tiba

tudia tudia tudia....musim kawin dh tiba,.... mgu lepas berlangsung my besfren weeding... Pon Joe aka saiful Johari.. Alhamdulillah dh lepas sorang...semoga bahagia dunia dan akhirat....

lama x merasa best p knduri mcm mgu lps...hari sabtu p knduri belah pmpuan kt merbuk...p jd geng pengantin lelaki....dgn mbr2 segagan yg bujang lagi....

mlm tu plak kalut tlg umh knduri siap umh....tlg angkat2 brg...tlg kritik org design bilik pengantin....hhaaahaa..consultant la katakan...

tgh mlm pasang tunjuk arah dgn bunga manggar....nk psg ckit sj...p kt tmpt smpi 10 org..penuh jln org igt begaduh ka apa kami rmi2 kt traffic light tu......

siang knduri belah lelaki....aku ditugaskan utk drive mak2 menakan pengantin lelaki nk p amik pengantin pmpuan kt merbuk.....sampai kami tgu luaq umh...punya lah lama bsiap...igt depa mkn ka apa....
rupanya umh xdak karan...pump ayaq umh depa pakai karan so ramai la yg x bsiap lg nk p knduri umh lelaki....haha....last skali selamat sampai umh pengantin lelaki...

jumpa gak la mbr2 lama....ada yg smpi x igt nama pun ada....malu rasanya....hehe....

semoga tahun depan ada jodoh utk cek plak kot...bg depa plak bt kja.....In Shaa Allah....

Tuesday, November 20, 2012

Gaza....Palestin

Assalam,

Doa ku buat saudara yg berjihad mempertahankan negera mereka dan agama Kita...

Semoga kalian beroleh syurga yg abadi....

In Shaa Allah kami akan menyusur kemudian...tp x tahu lagi perjalanan hidup kami yg x serupa dgn perjalanan hidup kalian....

Berbahagialah wahai syuhada...hisap mu akan mudah di akhirat nanti.....berbahagialah keluarga mu beroleh manfaat atas syahid......

Semoga Kami disini di beri keteguhan Iman dan Taqwa dalam menjalani kehidupan di Dunia yg sementara ni....

In Shaa Allah....

Piala Agong 2012

Disini nk cerita ckit pasai piala agong 2012 dgn team kedah tahun ni...permulaan yg agak baik...tapi cerita penamat yg agak sedih.....

ini kerana sikap tidak hormat sebahagian dari pemain kepada coach....kalah semi dgn NS...kalah tmpt 3-&4 dgn sabah....nasib baik dua2 game x main....kalau x sakit badan saja......

apapun respect need to be earn......sekali dh xdak hormat org lain akan pandang x elok pada si pelaku....

Semoga kita tergolong dlm org2 yg sentiasa rendah diri In Shaa Allah....

Monday, November 5, 2012

masuk paper..nama saja pun

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/10/29/north/12209318&sec=north


sebab jarang2 masuk paper tu yg tulis ni...naik nama sj pun ok la...hehe....


Kedah trounce Putra Jaya

By DASHEER NOH
north@thestar.com.my


KEDAH scored a huge 54-15 victory over Putra Jaya in an Agong Cup Group C rugby match at the Sultan Abdul Halim stadium in Alor Setar.
The hosts, who led by 28-3 at the interval, scored seven goals (49 points) and an unconverted try (5 points) while the visitors managed a goal, a try and a penalty for the 15 points.
This is Kedah’s second successive victory having trounced Perak by 62-0 in an away match on Oct 6.
Kedah went on a rampage as early as the seventh minute.
Two tries by Fijian forward Vatimio Rabebe in the seventh and 22nd minutes, which were both converted by another Fijian import Jope Kaiqumi for Kedah to lead by 14-0, set the tone.
Putra Jaya’s Amirul Aqil Kamsol scored a penalty in the 25th minute to make it 14-3 but Kedah responded with two quick tries by Shahrulnizam Abu Seman (31st) and K. Diseswaran (35th) which were again converted by Jope to put Kedah in the driver’s seat at 28-3 at the interval.
Immediately on resumption Kedah went further ahead when Diseswaran touched down for his second try of the match in the 41st minute and Jope added the extra points to make it 35-3 for Kedah.
Putra Jaya fought back to reduce the deficit in the 48th minute with a try by wing forward Rizuan Che Mat, which was converted by Amirul Aqil, to make the score 35-10.
Inspired by the success, Putra Jaya came charging for more and they were rewarded with another try on the hour mark with Abdullah Puteh touching down near the corner flag.

Hope lepas ni ada lagi....sementara stok masih ada.....

Thursday, November 1, 2012

Salam Aidil Adha

Assalam,

X lambat rasanya nk ucap slmt hari qaya kurban...lama x tulis blog....bz kot....tp lani cek dh kna trnfr balik bangi yg tercinta..so xla terkongkong mcm kt daerah lain...ada ruang utk settlekn hal lain....

lani tgh bz main ragbi piala agong...igt nk pencen taun ni...tp x daya...kedah ajak main,....berbakti la utk negeri tercinta......hehe...

nt update lain.....

Tuesday, September 25, 2012

Fadhilat Surah Al -Insyirah ---Cekal

sabar....

Surah Al Insyirah


Kadang-kadang bila hati terlalu sesak dengan sesuatu yang membebankan, tapi jika diluahkan akan pasti mengundang luka di hati insan lain
cakap salah, tak cakap pun salah.
jadinya, sesaklah hati dan perasaan. -----> sangat berat perasaan itu.

Maka, marilah kita amalkan surah al-Insyirah untuk melapangkan dada, insyaAllah.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Banyak fadhilat yang boleh didapati dari surah ini. Antaranya: 

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Wednesday, September 12, 2012

Sheikh Read Solah Pemimpin terbilang di Al Aqsa

Assalam,

Semalam walaupun lewat ckit sampai surau tp berkesempatan mendengar perkabaran mengenai Al Aqsa dari Sheikh. Kesempatan ini kerana HQ Aman Palestin terletak di Bangi dan sheikh di bawak ke surau sebelum ke Ipoh untuk mengumpul dana 100,000 usd untuk keperluan memperbaiki Masjidil Al-Aqsa yg kian rosak kerana aktiviti penggalian terowong oleh israel di bawah masjid Al-Aqsa tapi x jumpa apa pun. dengan kesan tembakan dan bom dari tentera Israel ke atas Masjidil Al-Aqsa so beliau dtg utk menerima derma dari kita.

Sempat gak dgr cerita ckit2 dari beliau...cuma walaupun kena ada org translate tp kelibat sheikh amat lembut orgnya dan tegas dlm memberi ucapan. Beliau adalah pimpinan tertinggi di Al-Aqsa dalam memastikan Aqsa kembali ke tangan Islam walaupun byk rintangan yg di hadapi sheikh. Boleh kita search dlm wikipedia utk maklumat beliau...walaupun berapa kali kena tangkap dan hampir dibunuh Allah menyelamatkan beliau untuk menjaga kesucian Al-Aqsa. Antara kata2 sheikh yg membuat hati luntur.

"Aku berjanji setia dalam diriku setelah aku berjanji setia kepada Allah untuk menyedekahkan umurku, waktuku, dan semua yang aku miliki untuk Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa," 

Kata2 terakhir beliau semoga kita berjumpa kelak di Al-Aqsa nanti dimana Islam telah berjaya menawan balik Al-Aqsa

Doa beliau semoga umat Islam berada didalam saf2 yg rapat dan kuat dalam berjuang menawan semula Masjidil Aqsa dan Al Quds.

31 Mei - Syeikh Raid Solah, tokoh pembebasan Palestin, yang berada dalam kapal Mavi Marmara dalam misi konvoi Freedom Flotilla mengalami cedera parah setelah di  serang oleh pasukan Israel. Beliau dilaporkan menjalani operasi rawatan akibat serangan tersebut
Beliau adalah 8 org yg sepatutnya dibunuh oleh komando Israel tp Allah telah menyelamatkan beliau yg terbunuh adalah org lain mirip seakan beliau.

Sebelum berpisah semua jemaah berkesempatan bersalam, berpeluk dan mencium pipi beliau. Terharu sangat2 sebab dapat peluk seorang Mujahidin yg InsyaAllah kalau mati akan Syahid beliau.......

Beliau jumpa menjaga ribuan anak yatim palestin yg kehilangan ibu, ayah serta saudara mara. Serta memastikan sentiasa ada org yg belajar di perkarangan Masjidil Aqsa bagi mengelakkan Yahudi Laknatullah masuk menceroboh masjidil Aqsa.

Kalau ada yg nk menderma bleh buka lamanweb aman palestin.

http://en.wikipedia.org/wiki/Raed_Salah

Monday, September 10, 2012

Qanaah & Sekufu dalam mencari jodoh


Diambil dari petikan ceramah ustaz kazim..

Faktor kufu dalam memilih teman hidup

1. Faktor umur
2. rupa paras
3. ilmu 
4. keturunan
5. pendapatan
6. perangai atau akhlak..

kalau rasa sesuai amik la sbgai suami atau isteri

InsyaAllah kufu akan menentukan bahagia atau tidak suami isteri tersebut.

Sifat Qanaah

1. Dalam bab ibadat tgk org yg lebih kuat Ibadat dari kita.

2. Dalam bab harta jangan tgk org yg kaya tapi tgk org yg bawah dari kita supaya kita bersyukur dgn apa yg ada.

Thursday, September 6, 2012

Fakta Menarik Tentang Rasulullah


Siapa yang tidak mengenali Nabi Muhammad S.A.W terutamanya orang Islam. Banyak kisah kisah kehidupan Baginda ditatapkan dan didokumentarikan. Contohnya dalam Jejak Rasul bersiri yang ditayangkan di TV3 setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Berikut merupakan fakta unik secara ringkasnya mengenai kehidupan Baginda. Kalau ada kesalahan fakta, minta perbetulkan.
1. Nabi SAW tidak melepaskan tangannya saat berjabat sebelum mitranya melepaskan terlebih dahulu.
2. Nabi SAW tidak pernah mengulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
3. Nabi SAW menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.
4. Nabi SAW kalau berbicara sesekali menggigit bibir tanda berpikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.
5.beliau tidur dengan alas tidur dari pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau musim dingin dipakai 2 lapis dan 2 lapis lagi untuk selimut (hingga Umar bin Khattab sempat menangis jika membandingkan gaya hidup rasulullah dengan raja romawi)
6. Harta Nabi SAW yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.
7. Nabi SAW tinggal di pondok kecil beratap jerami yang kamar-kamarnya dipisahkan oleh batang-batang pohon yang diikat dengan lumpur bercampur kapur.
8. Nabi SAW sendiri yang menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.
9. Santapan Nabi SAW yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya, adalah madu, susu dan lengan kambing.
10. Nabi SAW gagah berani, namun memiliki senyum yang sangat memikat dan malu mempermalukan orang.
11. Nabi SAW merupakan contoh jenis manusia secara sempurna iaitu pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.
12. Nabi SAW selalu memilih yang termudah, selama halal, bila berhadapan dengan pilihan.
13. Senyumnya menyejukkan, dilukiskan sebagai butir salju di oase.
14. Beliau tidak pernah sakit gigi. Beliau bersiwak tak kurang 10 kali sehari.
15. Warna kulit beliau putih kemerah-merahan.

Simpan sebagai pengetahuan kita tentang Rasulullah

Kisah Cinta dan Rindu-Dr Asri Zainul Abidin


Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai muhammad) : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah Ali Imran ayat 31)

"Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmatan lil alamin."

(Surah Al Anbiya ayat 107)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

(Surah Al Ahzab ayat 21)


"Dan bahawa sesungguhnya engkau (muhammad) mempunyai akhlak yang agung"

(Surah Al Qalam ayat 4)


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya" 

(Riwayat al-Bukhari)

Tuesday, September 4, 2012

Tatkala Hati Merasa Berat dgn Dugaannya....


Kebergantungan pada Allah SWT.
Sekiranya keadaan sedemikian berlaku pada diri kita maka kita berbalik kepada Allah SWT. Ketika itu apabila kita ingat kepadaNya, secara automatik segala kejahatan yang hendak kita lakukan akan hilang begitu saja. Serahkan segala urusan kita kepada Allah SWT, sesungguhnya kita hanya merancang dan yang menentukan hanyalah Allah SWT.
Ketika berhadapan dengan situasi sebegini fikiran kita mula membuat anggapan yang Allah tidak sayangkan kita. Tidak, sebenarnya Allah sayangkan kita dan oleh kerana itulah kita diberikan ujian. Besar atau kecil ujian tersebut, bergantung kepada kemampuan hamba-hambanya. Jadi, apabila berada di jalan yang salah Allah akan perbetulkan dengan membimbing hamba-hambanya kembali ke pangkal jalan.
Kita tidak akan keseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita. Biarlah kita rasa kecewa sedikit dengan dunia yang sementara ini, kerana diakhirat nanti nikmat kehidupan disana adalah kekal. Tiada sesiapun yang boleh menghalang kebahagiaan kita kecuali Allah SWT.
Hati kata redha.
Berdasarkan pengalaman hidup, saya banyak menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang rasa ketidakadilan pada diri saya. Saya juga pernah berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan, saat-saat yang mencemaskan tetapi apabila saya mengajar hati saya berkata "Ya Allah, aku redha dengan segala takdirku", dan ketika itu segala rasa yang mencengkam didada hilang seperti air yang mengalir tenang.
Ketika itu tiada raungan dan esakan, hanya linangan air mata mengalir "redha" tanda kita serahkan segalanya kepada Allah SWT. Secara langsung kita tahu Allah menyayangi dan mengawal hati kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.
Oleh itu, jagalah hati, kerana siapa kita adalah bergantung bagaimana kita mendidik hati untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT.
"Tiada Allah dalam hati, kehidupan kita tiada makna".

Monday, September 3, 2012

Bawak famili mai KL

dek kerana sebab2 yg xdpt dielakkan aku akan bawak mak dan adik aku mai duk KL sekali dengan aku...mayb 2 mgu lg kot....sebab nk settlekan proses pertukaran dialisis dari sg petani ke bangi ni....

umh sewa dh tgk...tmpt dialisis pun dh ada target.....senang ckit jaga mak kt cni pasal ada 2 org bleh tgk dia. adik pun bleh kja area2 cni byk kja ada.....semoga dipermudahkan rancangan ni.....

Thursday, August 30, 2012

lagu best....




dalam lagu2 yg selalu dgr dalam perjalanan nk p kja ke klang lagu ni yg paling mengingati kepada Allah....

Kata2 kita adalah doa....semoga Allah mengatur perjalanan kita hingga ke syurga...

Monday, August 13, 2012

Salam 10 terakhir Ramadan

Pecutan terakhir Ramadan...walaupun sibuk nk beli brg keperluan syawal jgn lupa untuk beramal walaupun sekejap...bgn awal sahur..bleh solat sunat tahajjud,,,,sunat taubat,,,, sunat hajat,,,,pastu br sahur sekejap sj untuk ambik keberkatan beramal pada keheningan malam tu....manatau mlm tu mlm lailatul qadar atleast dpt gak pahala yg berganda ganda InsyaAllah......

Di sini saya ingin mengucapkan salam aidil fitri pada sahabat sekalian ampun dan maaf sepanjang perkenalan....kalau x sempat nk update lg lepas ni....

Thursday, August 2, 2012

Hati Seorang Wanita


Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.
Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan
suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan
kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.
Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.
Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.
Wallahualam,


dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/hati-seorang-yang-bernama-wanita/#ixzz22LMJS75w

Wednesday, August 1, 2012

Amalan melembutkan hati

Assalam,

Berikut adalah amalan untuk melembutkan hati sesiapa sj...anak2...adik2....suami isteri @ kekasih hati ....

Baca Ar Rahman 60 kali Ar Rahim 100 kali

Kemudian baca Ayat 19 dari surah Asyura 19 kali....bleh di baca pada beras time basuh atau air time bancuh.. InsyaAllah semoga Allah perkenankan.


Bacaan Surah Al-Haqqah

Assalam...video dibawah adalah berkaitan dgn hari pembalasan Hari Kiamat merujuk kepada rukun iman kita Percaya kepada Hari Kiamat...semoga kita dpt mengambil iktibar dari tafsir surag Al-Haqqah ni... InsyaAllah...

Monday, July 30, 2012

Selamat sudah

Alhamdulillah..syukur kpd Allah kerana limpah rahmatNya mak cek smlm berjaya dibedah untuk masuk besi dlm kaki dia. Lani nk kena buat recovery plak....kesian gak sbb sakit lagi...pastu nak biasakan guna kaki yg ada besi tu...kaki kiri dia mmg dh rosak joint so kena pakai tongkat gak...tp atleast kaki kanan dia dh kuat la....dan disebabkan mak cek buah pinggang rosak so mayb lambat tulang nk cantum.aritu dh beli habbatus sauda kt mak.....semoga mak cepat sembuh InsyaAllah....

Friday, July 27, 2012

Salam Jumaat

Operation mak x jadi buat hari khamis tunda buat lusa plak hari ahad...semoga berjalan lancar .....

Pejam celik dh 7 hari posa...Alhamdulillah dpt gak tahan nafsu serta lapar dahaga ni.....semoga ramadan tahun ni lebih baik dr taun lepas...panjat kan la doa kepada Ilahi. InsyaAllah...

Wednesday, July 25, 2012

Semoga berjalan lancar

Esok mak cek akan buat pembedahan kaki kanan dia yg patah...dah lbh kurg 2 mgu dia masuk wad...ssh gak nk gerak pasal kaki patah bahagian atas peha. Cek berdoa semoga dia pembedahan berjalan lancar sebab dia ada risiko lain untuk pembedahan ni...mak cek ada darah tinggi dan sakit buah pinggang so bila nk bius untuk operate ada risiko so doc kna check btol2 sebelum operation.

Kalau dh lancar pembedahan cek doa mak cepat baik kaki supaya bleh posa n raya mcm org lain....bleh pakai baju raya n jumpa adik beradik lain...x perlu la raya kt hospital...bleh la mak men dgn cucu dia yg sorg tu.....

Klu dh sehat btol2 bleh la mai kl ni cek jaga mak la senang ckit....mkn minum semua cek jaga...

Amin Semoga Allah perkenankan dan diatur perancangan terbaik dariNya....

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Al Mubaraq

Sempena 2 hari sebelum masuknya bulan ramadhan yg mulia ni....bersiap lah dengan niat sebulan klu tlepas soq xdak masalah bleh trus posa sj esok....tp jgn sengaja plak lupa nk niat...bukan bleh makan pun.....hehe

Wednesday, July 18, 2012

Inni Tawakal Tu Alaallah

Aku redha, sabar dan syukur atas kurniaan rahmat dan ujian dari Mu Ya Allah....sesungguhnya Engkau Maha Besar dan Maha Mengetahui akan Hikmah di sebalik ranjau kehidupan Ku....semoga aku berada di dalam golongan yg Sabar....Amin

pintu taubat setiasa terbuka untuk kita


Satu lagi video yg baik dr DR Maza untuk kita..sama2 la amik ikthibar.

Thursday, July 12, 2012

2 minggu lagi

Assalam,

Alhamdulillah selesai intebiu hari Isnin hari tu....sampai2 dh kena buat esei BI 2 tajuk dgn surat selesai masalah dlm BI dan jawap soalan. Pastu sesi intebiu berjalan ok sj...walaupun ada satu soalan yang x leh jawap.

Apapun keputusan akan dpt dalam 2 minggu lagi....so bsabar la...kalau rezki ada dan kerja dapat membuat diri dekat dgn Allah doa semoga dapat la......Amin....semoga Allah makbulkan....

Minggu ni ada game Taiping 10's..1st time join game ni...dgn Keris Conlay...p naik bas persiaran....bos target champ game ni...kena main bersungguh2....walaupun pemberi semangat xdak...hehe.....

Friday, July 6, 2012

Interview

Assalam,

Hari Isnin ni cek ada intebiu untuk jawatan Ekskutif Project Planning Department. Pkui 10 pagi. Harap ada positif sign la....cek doa kalau kja ni bagus untuk agama dan masa depan cek minta bg dpt la....tp klu x bagus untuk tu x dpt xpa....rezki Allah yg bagi...yg penting kita usaha...

Apa pun tgh stadi ni dh la dlm BI nk kena jawap nanti....usaha tangga kejayaan,....membaca jambatan ilmu...

Usaha Doa & Tawakal....InsyaAllah Berjaya dan Berkat

Thursday, July 5, 2012

Doa untuk hari ni

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

Amal untuk perlindungan dari Allah, baca selepas masuk umh, klu org nk curi dlm umh dia akan nmpk seolah2 kita berjaga, untuk perlindungan Polis, Askar dan sewaktu dgnnya. Jumpa org nk pau atau nk marah kita. Suami @ isteri mengamuk.



Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia di simpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Baca lah ketika nk p intebiu, nk cari rezeki masuk hutan, memancing. InsyaAllah ada rezki kita nnt.

Surah Yasin ayat 58
Baca lah ketika sakit kepala. Senang igt.




قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ
Surah Al A'raf ayat 13
Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina".

قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْؤُوماً مَّدْحُوراً لَّمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ لأَمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمْ أَجْمَعِينَ
Surah Al A'raf ayat 18
Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya".


Ayat antara 10 ayat yg paling ditakuti oleh syaitan baca untuk orang kena histeria, org kena sampuk, Nak masuk umah baru, nk sewa syelley. InsyaAllah dengan kuasa Allah bleh baik.

Salam Nisfu Sya'aban

Assalam,

Pagi tadi time subuh patut la mimpi solat byk kali. Siap ada ribut2 lagi.... Alhamdulillah pagi td bangun subuh pkul 6.49. Syuruk pkui 7.08...sempat lagi solat dalam waktu subuh... handphone smlm jatuh off sndri so pagi td mmg xdak alarm nk kejutkan... Mungkin berkat pagi nisfu Syaaban ni....buku amal baru...

Semoga tahun ni amalan yang baik banyak dicatat...semoga Allah membantu kita dalam mengharungi seharian kehidupan dlm penuh kebajikan dan dijauhi dari maksiat......

Tuesday, July 3, 2012

Bacalah....

http://akuislam.com/blog/#axzz1zXeN9Us0

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Friday, June 29, 2012

Tafakur - Malam





Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku


Thursday, June 21, 2012

Mohammad Affan Hadif




Tudia anak minaken den...lepas sebulan berat dia 5.9 kg..nk berat mana xtau la...dh makin booolllaatt....hehe

Isra Mikraj

Assalam..

Dalam seminggu 2 kali dgr ceramah Isra' Mikraj. Smlm dari Syeikh Ali Saleh. Igt org indon rupanya Imam Besar dekat indonesia dan org arab. Mula2 tgk ganas semacam sj...nk mcm muka maher zain pun ada....
Byk ilmu dari Syeikh Ali ni. Smlm sat sj ceramah dia sbb dia kna balik jakarta ada hal emergency. Hari patah balik mai cni....

Ilmu baru yg dpt smlm...syeikh menceritakan Sebelum Nabi naik ke langit Rasulullah SAW mengimamkan solat kepada semua nabi2 di masjidil Al Aqsa. Kemudian Rasulullah SAW berjumpa dengan Nabi Musa di Langit Ke-Enam. Ada 2 riwayat di ceritakan oleh syeikh 1. Nabi Muhammad SAW menangis sebab tgk Umat nabi Musa AS byk sehingga mentutupi gunung2. Kemudian Jibral mengambil seekor kambing putih dan disuruh Rasulullah mencari setompok bulu hitam pada kambing tersebut. Rasulullah Menjumpai dan Jibril memberitahu begitu lah perumpamaan ummat Nabi Muhammad SAW berbanding umat nabi Musa AS. 2. Riwayat menceritakan Nabi Musa yang menangis sebab Umat Nabi Muhammad SAW yg akan paling banyak masuk Syurga.

Ada byk lagi lain. InsyaAllah kalau ada masa ana ceritakan....

Syeikh Ali Saleh Muhammad Ali jaber



Syeikh Ali
Syeikh Ali Saleh Muhammad Ali jaber
Lahir di Kota Madinah Munawarah Saudi Arabia 3 Shafar 1396 H / 03 FEB 1976 M. Beliau menjalani pendidikan seluruhnya di Madinah, 1410 H Tamat Ibtidaiyah, 1413 H Tamat Tsanawiyah, 1416 H Tamat Aliyah, dan 1417 H – Sekarang Mulazamah dan Kursus Al-Quran di Masjid Nabawi – Madinah.Menikah dengan wanita Keturunan Indonesia bernama Umi Nadia, dan telah memiliki 1 anak bernama hasan, saat ini menetap di Pondok Bambu Jakarta Timur.
Guru-guru yang pernah mengajar beliau adalah :
Syeikh Abdul Bari’as Subaity (Imam Masjid Nabawi, sebelumnya Imam Masjidil Haram),
Syeikh Khalilul Rahman (Ulama Al Qur’an di Madinah dan Ahli Qiraat),
Syeikh Prof. Dr. Abdul Azis Al Qari’ (Ketua Majelis Ulama Percetakan Al-Qur’an Madinah dan Imam Masjid Quba),
Syeikh Said Adam (Ketua Pengurus Makam Rasulullah SAW dan Pemegang Kunci makam Rasulullah SAW),
Syeikh Muhammad Ramadhan (Ketua Majelis Tahfidzul Qur’an di Masjid Nabawi),
Syeikh Muhammad Husein Al Qari’ (Ketua Ulama Qira’at di Pakistan).
Selama di kota madinah beliau aktif sebagai Guru Tahfidz Qur’an di Masjid Nabawidan Imam Sholat di salah satu masjid kota Madinah.
Kegiatan selama di Indonesia antara lain adalah sebagai berikut :
Guru Tahfidz Al-Qur’an di Islamic Centre / Masjid Agung Al- Muttaqin Cakranegara Lombok NTB,
Imam Besar dan Khatib di Masjid Agung Al- Muttaqin Cakranegara Lombok NTB,
Imam Sholat Tarawih, Qiyamul Lail dan pembimbing Tadarus Al- Qur’an selama Ramadhan 1429 H serta Imam Sholat Idul Fitri 1429 H di Masjid Agung Sunda Kelapa Menteng Jakarta Pusat,
Pengajar di Pesantren Tahfidz Al- Qur’an Al- Asykar Puncak Jawa Barat,
Muballigh Majelis Taklim di Jakarta dan sekitarnya (Nikmatnya sedekah TPI, Indonesia Menghafal TPI, dan mengajar di majelis taqlim di pancoran)

Tuesday, June 19, 2012

AQIDAH Ahli Sunnah Wal Jamaah

Assalam,

Smlm lepas maghrib kt surau berkesempatan dengar bacaan kitab Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah bab 6 iaitu tentang Ilmu Tauhid dari Ustaz Azahan....

Tauhid terbahagi 3 -1 Uluhiyyah - MemperEsakan Allah dengan Jazam
                              2 Rububiyyah -Percaya bahawa Allah yg mencipta sekalian alam
                              3 Asma' Wa Siffah - Beriman dgn Nama Allah dan Sifat2 Allah.


Tauhid Uluhiyyah - Cth ketika Bilal bin Rabah diseksa ketika menjadi hamba, beliau menyebut Ahad, Ahad, Ahad. Keluarga Yasir Sumaiyah dan anaknya di sula dan dibunuh.


Byk lagi satg sambung lain...ada keroje...

Friday, June 15, 2012

My Little Girl"

You are a miracle
You are a blessing from above
You brought joy to my soul
And pleasure to my eyes
In my heart I can feel it
An unexplainable feeling
Being a father
The best thing that I could ever ask for

Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I'm so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you'll find your way

You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl

You're like a shining star
So beautiful you are
My baby girl
You light up my world
I pray that I'll get the chance
To be around and watch you grow
And witness your first steps
And the first time when you will call me "dad"

Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I'm so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you'll find your way

You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl

I could spend hours watching you
You're so innocent, so wonderful and pure
O God I can not express my gratitude!
But I'll raise her good, 'cause all I want is to please You
And now I pray You'll guide her steps forever

You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl