Monday, October 24, 2011

Air Mata Seorang Lelaki....


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Peristiwa di hujung mgu lepas..

Hari jumaat team kedah sampai sepatutnya ada team run...tp x jadi so main tap sj ptg tu......lps tu rekod terbaru buat kereta aku 8 org naik sebijik kereta....org tumpang nk ke mid valley....perkara ni akan jd 2 tahun skali sj...so pasni x jd dh.....

Hari sabtu game KEDAH vs KL.....alhamdulillah mng 32-12 walaupun kedah agak sedikit kucar-kacir tp dgn kekuatan yg ada kemenangan berada di tangan kedah....

Hari AHAD...penantian 4 tahun sekali...perlawanan akhir ragbi piala dunia 2011....walaupun ALL BLACKS mng 8-7 dan dua try dilakukan namun permainan sedikit hambar dan all blacks bermain di bawah tahap yg sebenar..mungkin kerana injured flyhalf yg ke-3.....anyway congrates to AB's

Isnin-hari ni dijangkakan ada team run ptg ni...sbb esok ada game semi final piala agong dgn kelantan....kalau x ujan ok la..aku p pdg utara naik moto sj...sbb klu naik keta kompom jem gila...pastu takut geng tu tumpang aku lagi.....

Selasa-esok....game antara KEDAH vs KELANTAN walaupun ada player opponent yg kawan skali tp dlm padang lain cerita...n game ni sepatutnya fight la sebab dua2 team adalah champ group bg zon masing2....rasa ramai tgk...hope bleh dpt 1st call up....n menang untuk mara ke final......

Sabtu-ujung mgu ni......so berdasarkan game esok br tau mana akan main...klu menang esok akan masuk final....kalau kalah akan main untuk tempat 3 & 4.....

Hopefully the luck will be at us (KEDAH) dan berdoa serta usaha agar piala agong 2011 menjadi milik kedah tahun ni......one cheer for kedah heeeeee.....

Thursday, October 13, 2011

Hari busy sedunia

Hari ni paling busy dan mengantukkan.....smlm lps jumpa adik aku kt cochrane trus p ofis utk bt site visit d zon2 terbabit.....

Kja mlm ok sj...dr pkul 11 smpi pkul 3 pagi....nasib baik zon2 tu ok....ni d sebabkan ada audit negara nk audit plak asset jc....tp lps bt report utk 3 zon nk audit x jd plak audit zon2 yg dh bt report tu...tiba2 ubah tmpt lain...skali lagi kna bt kja yg sama....

aku bersama mengantuk smlm menggagahi juga untuk menyiapkan kerja yg telah diamanahkan....

setelah jam menunjukkan pkul 3.30 ptg....masa yg telah ditunggu telah tiba....trus cabut...sbb klu kja mlm lbh dr pkul 2 pg n masuk kja awal pagi bleh balik kja awal.......

sampai umh trus qada tdoq...pastu bangun terasa lapaq plak......settle dlu mende nk kena settle jap lg nk p perhimpunan halal kt sg jelok plak....mkn la nasi lemak ka laksa ka mee kari ka bihun sup ka.....
semua ada kt kedai tu dgn rega yg berpatutan......

akhir kata assalam..........n slmt mlm...

Monday, October 10, 2011

Hari Isnin selepas game

Hari ni adalah hari isnin slps game smlm....mcm slalu org kata esok bangkit tdoq br rasa....
bangun subuh pagi td mmg menyakitkan dan memalaskan.....lps solat igt mcm xmau p kja pun ada....
tp disebabkan amanat yg telah diberikan oleh bos aku...

Aku bgn semula bersiap sambil sakit otot2....dan bergerak menuju ke destinasi yg dituju...iaitu HQ di glenmarie.....dh la sakit kaki...pastu salah masuk jalan plak.....termasuk jalan jem...
akhir perjalanan yg spttnya 45 minit menjadi sejam stgh...alangkah gumbiranya aku setelah sampai ke HQ.....

Setelah habis berbincang masalah dunia...ada lagi masalah yg kena d settlekan di opis.....tp time keluar dr hq aku terasa lapar dan xdak geng untuk p mkn skali.....

Tiba2 teringat seekor beruang kedah bernama amar ada kt2 ctu...terus aku meroger bear yg mmg malas p poli n tgu masa nk jumpa abg daun nya....akhirnya smpi ke nasi kandar makbul di TTDI jaya.....

setelah hantar bear balik umh....perjalanan ku teruskan ke pejabat SYABAS petaling plak sbb satu jln sj.....
tu pun jem jugak.....rasa lps ni aku bleh kja bawak bas plak kot....semua tmpt jln hari ni.....

And after settle perkara kt SYABAS...aku pun berlalu untuk pulang ke opis petaling di puchong.....masih banyak kerja yg perlu di settlekan...di samping berehat setelah penat bermain game smlm.......

ok setakat ini coretan idup ku untuk separuh masa pertama harini ...

Saturday, October 8, 2011

Hari yg memenatkan

Disini saya ingin menceritakan situasi yg berlaku pada kebanyakan pemain ragbi di malaysia yg bermain game karnival..iaitu game hari sabtu dan ahad....

Kebanyakan kelab2 biasa hanya akan sempat traing selama beberapa hari sj sebelum game.....so mmg fitness n kesefahaman kurang la....tp itu sj yg termampu....lepas tu redha sj pada hari pertandingan....

nasib baik la permainan ragbi ni ada 3 kategori iaitu Cup (team mng semua game), Plate (team ada mng n kalah) dan Bowl (team yg kalah semua) so dengan adanya 3 kategori ni semua org dpt bermain dgn puas n dapat hadiah....

Kalau dh men ragbi ni x lepas dari sakit...tseliuh, bengkak2, pecah mulut...mcm2 ada...concusion (hilang ingatan sementara waktu) tp kalau dh byk experience rasa bleh elak dr kemalangan2 yg serius camtu...

Selepas main la yg paling best...hari isnin....hari bekerja bg semua org...kalau dh game main all out mmg esok tu rmi yg mc..x tertinggal pula yg ngular time kja....pastu tghari roger geng ragbi tgk wyg skali....

tu la serba sedikit senario yg berlaku untuk game karnival.....x seperti permainan liga....kalau ada masa lg nt den akan cuba usaha terangkan.....

Thursday, September 29, 2011

Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak..




 
Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia
.

Cinta Membutakan Saya..





“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.
Untaian kalimat yang seakan menusuk ulu hati saya, teringat bahawa selama beberapa bulan yang lalu begitu saya dibutakan oleh cinta yang palsu. Ya, cinta telah melumpuhkan fikiran saya dan memainkan emosi saya dengan begitu mudah hebat
Cinta…
Saya pernah dibuat mabuk  cinta. Entah bila saya mula berkenalan dengannya, dengan  cinta yang membuat saya seperti bukan diri saya yang sebelumnya. Cinta yang membuat saya rela melanggar prinsip yang bertahun-tahun saya pertahankan, yang telah membuat saya buta dan tuli dan mampu melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan, membenarkan sesuatu atas nama cinta.
Cinta tidak membuat saya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.
Cinta yang dulu saya kenal membuat saya mudah sekali menangis sampai mata saya lebam. Kalau dikumpulkan mungkin air mata saya sudah sebaldi penuh. Cinta itu membuat saya mampu bangun ditengah malam kerana HP saya berdering, membuat saya rela berjaga sehingga pagi menjelang, hanya untuk berbual dengannya.
Padahal jika alarm pukul 3 pagi sepatutnya membangunkan saya untuk bertemu Sang Pemilik Jiwa, sering saya matikan dan terlelap kembali. Kalaupun terjaga, hanya tahujjud singkat. Tidak selama seperti saya berbual – bual dengan seseorang itu.  Separah itu cinta membutakan saya saat itu.
Dan kini, bagaimana khabarnya cinta itu? Dimana dia yang dulu selalu ada untuk saya? Semua sudah tidak ada lagi bersama saya. Sedangkan DIA yang selalu saya abaikan, yang selalu saya datangi hanya ketika saya memerlukanNYA, DIA tidak pernah berganjak menjauhi dari saya, bahkan ketika saya bersendirian DIA yang selalu menemani saya, menghapus air mata saya, mengubati luka hati saya.
DIAlah yang menggantikan apa yang hilang dari saya dengan yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang saya harapkan. Tidak ingin lagi diri ini terjerumus pada cinta yang seperti itu lagi, saya ingin mengenal cinta yang datangnya hanya dari DIA dan kepada DIA saya persembahkan.

Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir.
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU
.

Kredit to akuislam.blogspot.com