Wednesday, July 26, 2017

past 8 month

Aku telah berpindah kerja di UMP Holding.....tempat belajar selama 4 tahun....di Gambang Pahang.
kerja selama 8 bulan...Alhamdulillah banyak pengalaman yang dapat dari sini....sebagai M&E Koordinator...

Sini pekerja2 semua muda2....seronok dan senang nk deal dan buat kja...... selama 8 bulan kt sini byk xtvt yang buat sekali.......termasuk menjadi coach kepada budak2 ragbi ump.....sempat la improvekan sikit2 mana yang boleh....\

Tapi rezeki baru di Langkawi dpt kerja NRW engineer sama seperti di selangor sebelum ni....semoga hijrah ni Allah bagi peluang dan ruang baru untuk merubah diri ni.....

sambung nnt...2 tahun x update blog

Friday, December 18, 2015

Sabar menanti siap.....


Mungkin kita berfikir, bahwa penantian adalah hal yang membosankan, Tapi tidak bagi orang-orang yang shalih.

Nabi Ayyub 'alaihissalam, berdo'a dan bersabar dalam penantian berharap segera datang kesembuhan atas sakit yg dirasakan.

Nabi Ibrahim 'alaihissalam  dan Nabi Zakaria 'alaihissalam, bersabar dalam do'a serta ikhtiar untuk mendapat keturunan.

Dan merekapun menjadi hamba yang mendapat pujian dari Allah ar-Rahman.

Sesungguhnya didalam penantian, ada latihan kesabaran,

Didalam penantian, ada kesempatan untuk membuktikan kesungguhan,

Didalam penantian pula, Allah akan menilai sejauh mana kita ikhlas dalam menjalani kehidupan.

Untukmu yang masih bergelut dengan penantian, yakinlah semuanya pasti akan berkesudahan, takperlu ada keraguan, janji Allah bukanlah kedustaan. "Minta tolonglah kalian kepada Allah dengan sabar dan shalat"
(Q.S. al-Baqarah :45)

Allahlah yang akan menjadi penolongmu, masih ragu???

Wednesday, November 18, 2015

Surat Cinta MU


Semoga Allah mengurniakan kita keluarga yang bahagia dan sentiasa membaca KalamNya. Yang menjadi saksi di akhirat Kelak.....

Sunday, October 25, 2015

Hati....

Hati hatilah dalam kehidupan...Jgn biarkan dunia yang sementara menipu daya dan mngaburi jalan2 ke Syurga...Semoga hidup kita dikurniakan amalan baik, ilmu yang bermanfaat dan hati yang ikhlas


Jagalah hati....berikan pada yang sudi.... redha pada Allah....semoga diberikan jalan yang baik...

InshaAllah....

Saturday, October 3, 2015

Tawakal

        Bertawakalah setelah berusaha


Balik kampung raya haji lepas aku buat korban setompok lembu....harga pasaran semasa rm600 setompok.....Alhamdullah 1st time rasa dpt buat ibadah korban....

Lepas tu berhimpun la adik beradik saudara yang jauh dekat .... sebab arwah ayah dah meninggal 10 tahun lepas dan mak pun dh setahun meninggal...kami x berapa kenal sgt sepupu ayah dgn mak yang jauh... harap mana mai raya jmp dgn pakcik makcik dgn tok belah mak dgn tokwan belah ayah saja.....harap depa igt la kami yg 4 beradik ni....

Tapi biasa la soklan femes bg geng yang bujang ni.....bila nk kawin???........memandangkan anak sedara pun dh 2 orang dah......tapi aku rileks saja pakai ayat sama tahun depan...cuma kali ni dengan harapan jadi la taun depan tu..........

Thursday, July 30, 2015

Mak


                   Hampir Setahun mak meninggalkan kami....setelah sebelas hari masuk wad di hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani. Bermula 2 hari sebelum aidilfitri dan sampai masa mengadap Illahi pada pagi 9 Syawal.....

                   Pergi tak berganti dan kehilangan dirasai......Alhamdulillah mak pergi dalam keadaan yang baik.....Mungkin takdir Allah untuk mak masuk wad di Sg Petani walaupun dah lama sakit di KL x teruk sampailah balik kg.....Semua adik beradik, saudara mara dan sahabat sahabat sempat ziarah tengok keadaan mak........sempat untuk minta maaf dan mendoakan mak.....
                   Syukur jugak Allah beri kesempatan untuk abang jaga mak sepanjang 2 tahun di Kajang. Membuat keputusan untuk bawak mak ke KL memang adalah ketentuan Allah. Boleh jaga mak dengan adik2 lain sekali. Mak boleh main dengan cucu mak sorang tu Affan Hadif untuk ubati sikit sakit mak tu.....
                   Mak memang seorang yang cekal dialisis selama 13 tahun memang lama...tak ramai pesakit buah pinggang boleh tahan lama sampai mcm tu.... Sakit jantung dan tulang rapuh di akhir hayat dia...semua tu komplikasi dari kegagalan buah pinggang berfungsi....Tapi senyuman dan gurau senda mak tidak pernah putus dari bibir mak ketika bersama saudara dan sahabat yang lain...Memang kami anak2 kagum dengan kesabaran mak..
                  Kami redha dengan pemergian mak dan perancangan Allah lebih baik dari kami. InshaAllah doa akan kami titipkan setiap kali lepas solat atau ketika kami merindui mak...
Semoga kami menjadi anak soleh dan Allah tetapkan hati kami untuk beribadah kepada NYA.....
Kami sedar mati itu pasti dan semua akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti. Semoga kita semua bertemu di Syurga nanti. InshaAllah.....
                  Berbaktilah kepada Ibu Bapa bagi sahabat yang masih berkesempatan untuk bersama mereka lagi.....


                    


kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa

Tuesday, July 28, 2015

Permata Yang Di Cari


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Berdoalah agar kau bahagia.......

Thursday, July 23, 2015

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah..

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah..

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”


“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.

Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

*********************

 p/s :
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.

Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.


Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
credit blog ini belog korie

Monday, July 13, 2015

Ramadan 26 2015

Assalamualaikum... Ramadan ke 26...

Lama rasanya X tulis dalam ni.... Byk benda dh jadi dlm masa 2 taun ni.... Alhamdulillah Allah masih lagi beri nikmat dengan baik pada kita.... Semoga setiap perkara terjadi mendapat hikmah yang baik pada kita....  

Tiada apa yang tinggal kecuali adik beradik dan amalan untuk bekalan di akhirat kelak.... Moga Allah memberi jodoh yang baik untuk sama2 meniti titian sirat nanti.... InshaAllah 

Thursday, March 21, 2013

Doa yg baik utk dibaca

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِيْنِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِيْ 

وَتَرْحَمَنِيْ، وَإِذََا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِيْ غََيْرَ مَفْتُوْنٍ، وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، 

وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِيْ إِلَى حُبِّكَ.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku dapat 


melakukan perbuatan-perbuatan baik, meninggalkan 

perbuatan munkar, mencintai orang miskin, dan agar 

Engkau mengampuni dan menyayangiku. Jika Engkau 

hendak menimpakan suatu fitnah (malapetaka) pada suatu 

kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terkena 

fitnah itu. Dan aku memohon kepada-Mu rasa cinta kepada-

Mu, rasa cinta kepada orang-orang yang mencintaimu, dan 

rasa cinta kepada segala perbuatan yang mendekatkanku 

untuk mencintai-Mu"

Tuesday, November 27, 2012

MUsim makan free telah tiba

tudia tudia tudia....musim kawin dh tiba,.... mgu lepas berlangsung my besfren weeding... Pon Joe aka saiful Johari.. Alhamdulillah dh lepas sorang...semoga bahagia dunia dan akhirat....

lama x merasa best p knduri mcm mgu lps...hari sabtu p knduri belah pmpuan kt merbuk...p jd geng pengantin lelaki....dgn mbr2 segagan yg bujang lagi....

mlm tu plak kalut tlg umh knduri siap umh....tlg angkat2 brg...tlg kritik org design bilik pengantin....hhaaahaa..consultant la katakan...

tgh mlm pasang tunjuk arah dgn bunga manggar....nk psg ckit sj...p kt tmpt smpi 10 org..penuh jln org igt begaduh ka apa kami rmi2 kt traffic light tu......

siang knduri belah lelaki....aku ditugaskan utk drive mak2 menakan pengantin lelaki nk p amik pengantin pmpuan kt merbuk.....sampai kami tgu luaq umh...punya lah lama bsiap...igt depa mkn ka apa....
rupanya umh xdak karan...pump ayaq umh depa pakai karan so ramai la yg x bsiap lg nk p knduri umh lelaki....haha....last skali selamat sampai umh pengantin lelaki...

jumpa gak la mbr2 lama....ada yg smpi x igt nama pun ada....malu rasanya....hehe....

semoga tahun depan ada jodoh utk cek plak kot...bg depa plak bt kja.....In Shaa Allah....

Tuesday, November 20, 2012

Gaza....Palestin

Assalam,

Doa ku buat saudara yg berjihad mempertahankan negera mereka dan agama Kita...

Semoga kalian beroleh syurga yg abadi....

In Shaa Allah kami akan menyusur kemudian...tp x tahu lagi perjalanan hidup kami yg x serupa dgn perjalanan hidup kalian....

Berbahagialah wahai syuhada...hisap mu akan mudah di akhirat nanti.....berbahagialah keluarga mu beroleh manfaat atas syahid......

Semoga Kami disini di beri keteguhan Iman dan Taqwa dalam menjalani kehidupan di Dunia yg sementara ni....

In Shaa Allah....

Piala Agong 2012

Disini nk cerita ckit pasai piala agong 2012 dgn team kedah tahun ni...permulaan yg agak baik...tapi cerita penamat yg agak sedih.....

ini kerana sikap tidak hormat sebahagian dari pemain kepada coach....kalah semi dgn NS...kalah tmpt 3-&4 dgn sabah....nasib baik dua2 game x main....kalau x sakit badan saja......

apapun respect need to be earn......sekali dh xdak hormat org lain akan pandang x elok pada si pelaku....

Semoga kita tergolong dlm org2 yg sentiasa rendah diri In Shaa Allah....

Monday, November 5, 2012

masuk paper..nama saja pun

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/10/29/north/12209318&sec=north


sebab jarang2 masuk paper tu yg tulis ni...naik nama sj pun ok la...hehe....


Kedah trounce Putra Jaya

By DASHEER NOH
north@thestar.com.my


KEDAH scored a huge 54-15 victory over Putra Jaya in an Agong Cup Group C rugby match at the Sultan Abdul Halim stadium in Alor Setar.
The hosts, who led by 28-3 at the interval, scored seven goals (49 points) and an unconverted try (5 points) while the visitors managed a goal, a try and a penalty for the 15 points.
This is Kedah’s second successive victory having trounced Perak by 62-0 in an away match on Oct 6.
Kedah went on a rampage as early as the seventh minute.
Two tries by Fijian forward Vatimio Rabebe in the seventh and 22nd minutes, which were both converted by another Fijian import Jope Kaiqumi for Kedah to lead by 14-0, set the tone.
Putra Jaya’s Amirul Aqil Kamsol scored a penalty in the 25th minute to make it 14-3 but Kedah responded with two quick tries by Shahrulnizam Abu Seman (31st) and K. Diseswaran (35th) which were again converted by Jope to put Kedah in the driver’s seat at 28-3 at the interval.
Immediately on resumption Kedah went further ahead when Diseswaran touched down for his second try of the match in the 41st minute and Jope added the extra points to make it 35-3 for Kedah.
Putra Jaya fought back to reduce the deficit in the 48th minute with a try by wing forward Rizuan Che Mat, which was converted by Amirul Aqil, to make the score 35-10.
Inspired by the success, Putra Jaya came charging for more and they were rewarded with another try on the hour mark with Abdullah Puteh touching down near the corner flag.

Hope lepas ni ada lagi....sementara stok masih ada.....

Thursday, November 1, 2012

Salam Aidil Adha

Assalam,

X lambat rasanya nk ucap slmt hari qaya kurban...lama x tulis blog....bz kot....tp lani cek dh kna trnfr balik bangi yg tercinta..so xla terkongkong mcm kt daerah lain...ada ruang utk settlekn hal lain....

lani tgh bz main ragbi piala agong...igt nk pencen taun ni...tp x daya...kedah ajak main,....berbakti la utk negeri tercinta......hehe...

nt update lain.....

Tuesday, September 25, 2012

Fadhilat Surah Al -Insyirah ---Cekal

sabar....

Surah Al Insyirah


Kadang-kadang bila hati terlalu sesak dengan sesuatu yang membebankan, tapi jika diluahkan akan pasti mengundang luka di hati insan lain
cakap salah, tak cakap pun salah.
jadinya, sesaklah hati dan perasaan. -----> sangat berat perasaan itu.

Maka, marilah kita amalkan surah al-Insyirah untuk melapangkan dada, insyaAllah.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Banyak fadhilat yang boleh didapati dari surah ini. Antaranya: 

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Wednesday, September 12, 2012

Sheikh Read Solah Pemimpin terbilang di Al Aqsa

Assalam,

Semalam walaupun lewat ckit sampai surau tp berkesempatan mendengar perkabaran mengenai Al Aqsa dari Sheikh. Kesempatan ini kerana HQ Aman Palestin terletak di Bangi dan sheikh di bawak ke surau sebelum ke Ipoh untuk mengumpul dana 100,000 usd untuk keperluan memperbaiki Masjidil Al-Aqsa yg kian rosak kerana aktiviti penggalian terowong oleh israel di bawah masjid Al-Aqsa tapi x jumpa apa pun. dengan kesan tembakan dan bom dari tentera Israel ke atas Masjidil Al-Aqsa so beliau dtg utk menerima derma dari kita.

Sempat gak dgr cerita ckit2 dari beliau...cuma walaupun kena ada org translate tp kelibat sheikh amat lembut orgnya dan tegas dlm memberi ucapan. Beliau adalah pimpinan tertinggi di Al-Aqsa dalam memastikan Aqsa kembali ke tangan Islam walaupun byk rintangan yg di hadapi sheikh. Boleh kita search dlm wikipedia utk maklumat beliau...walaupun berapa kali kena tangkap dan hampir dibunuh Allah menyelamatkan beliau untuk menjaga kesucian Al-Aqsa. Antara kata2 sheikh yg membuat hati luntur.

"Aku berjanji setia dalam diriku setelah aku berjanji setia kepada Allah untuk menyedekahkan umurku, waktuku, dan semua yang aku miliki untuk Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa," 

Kata2 terakhir beliau semoga kita berjumpa kelak di Al-Aqsa nanti dimana Islam telah berjaya menawan balik Al-Aqsa

Doa beliau semoga umat Islam berada didalam saf2 yg rapat dan kuat dalam berjuang menawan semula Masjidil Aqsa dan Al Quds.

31 Mei - Syeikh Raid Solah, tokoh pembebasan Palestin, yang berada dalam kapal Mavi Marmara dalam misi konvoi Freedom Flotilla mengalami cedera parah setelah di  serang oleh pasukan Israel. Beliau dilaporkan menjalani operasi rawatan akibat serangan tersebut
Beliau adalah 8 org yg sepatutnya dibunuh oleh komando Israel tp Allah telah menyelamatkan beliau yg terbunuh adalah org lain mirip seakan beliau.

Sebelum berpisah semua jemaah berkesempatan bersalam, berpeluk dan mencium pipi beliau. Terharu sangat2 sebab dapat peluk seorang Mujahidin yg InsyaAllah kalau mati akan Syahid beliau.......

Beliau jumpa menjaga ribuan anak yatim palestin yg kehilangan ibu, ayah serta saudara mara. Serta memastikan sentiasa ada org yg belajar di perkarangan Masjidil Aqsa bagi mengelakkan Yahudi Laknatullah masuk menceroboh masjidil Aqsa.

Kalau ada yg nk menderma bleh buka lamanweb aman palestin.

http://en.wikipedia.org/wiki/Raed_Salah

Monday, September 10, 2012

Qanaah & Sekufu dalam mencari jodoh


Diambil dari petikan ceramah ustaz kazim..

Faktor kufu dalam memilih teman hidup

1. Faktor umur
2. rupa paras
3. ilmu 
4. keturunan
5. pendapatan
6. perangai atau akhlak..

kalau rasa sesuai amik la sbgai suami atau isteri

InsyaAllah kufu akan menentukan bahagia atau tidak suami isteri tersebut.

Sifat Qanaah

1. Dalam bab ibadat tgk org yg lebih kuat Ibadat dari kita.

2. Dalam bab harta jangan tgk org yg kaya tapi tgk org yg bawah dari kita supaya kita bersyukur dgn apa yg ada.