Sunday, February 26, 2012

Pekena Kambing

Alhamdulillah murah rezki smlm dgn pagi ni.....ada Ceramah Maulidur Rasul smlm meriah sekali org p dgr ceramah dari ustaz Asmuii....mmg acara Perdana gak la surau Al-Kauthar kt Seksyen 4 ni...pastu di war2 kan dlm radio IKIM fm lg...Ustaz dh bgtau awai2 dh ada lauk kambing....gamaknya sbb tu la org ramai....

Ustaz Asmuii cerita sirah tentang sambutan maulidur Rasul...dan antara org pertama yg sambut adalah paman @ pakcik Rasulullah S.A.W iaitu Abdul Uzza a.k.a Abu Lahab dimana dimemerdekakan hambanya yg memberi berita kelahiran Nabi Muhammad S.A.W iaitu Suhaibah. Suhaibah juga menjadi salah seorg ibu susu Nabi yg terawal....lepas tu dari kecik hingga Nabi dewasa Abu Lahab masih sayang kan Nabi......sehingga Nabi membuat pengumuman atas Perlantikan sebagai Rasul dan Nabi, dan Rasulullah menyeru kaum arab jahiliyyah untuk memeluk Islam ketika itu.....tapi apa yg sebenarkan nak diceritakan ialah walaupun Abu Lahab antara org pertama yg sambut maulidur rasul tapi tidak diberikan Nikmat Iman & Islam....ada gak dlm kehidupan kita lani....sambut Maulidur Rasul tiap2 tahun...tp x pernah amik ikhtibar dan teladan dari ceramah2 yg diikuti....

Kuliah Subuh pagi td plak ada Ustaz jemputan x dgr sgt nama dia...dia menceritakan 4 soalan yg akan ditanya diakhirat kelak...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
Kedua : Tubuh badannya, apakah yg dilakukannya dengannya?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)



1. Semua org akan mati, tua muda miskin kaya xkira waktu dan tempat dan x diganjakkan awal atau cepat sesaat pun..jd sama2 la kita berdoa semoga kita mati dalam Islam...dan mati paling mulia sekali Mati Syahid menegakkan Islam dimuka bumi ni...


2. Minda yang cerdas bermula dari tubuh badan yg cergas. Dengan tubuh badan yg sehat dan muda ni lah masa untuk kita byk bual amal...sbb kematian adalah rahsia Allah SWT. dan bersiap2 lah kita untuk seolan kedua tu...


3. Harta yg kita ada lani adalah dari Allah SWT dan jgn lah bongkak atau sombong. Sbb harta didunia ni tidak dpt dibandingkan dgn kurniaan Allah SWT diakhirat kelak....biar lah dgn sedikit tp berkat dan sentiasa kita memohon dan berdoa supaya kita tidak lupa pada Allah SWT. Dan jika Allah bg byk rezki pun bleh infak pada surau or masjid2...tlg anak yatim, ibu tunggal, DLL...


4. Hadis Nabi
23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimuorang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalumendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)
semoga kita menjadi dari 4 golongan tersebut.
1- Orang Alim yg menyampai ilmu
2- Orang yg menuntut ilmu
3- Orang yg mendengar ilmu
4- Orang yg mencintai ketiga2 golongan diatas
Moga kita terhindar dr menjadi org ke 5 yg x termasuk dr golongan diatas....ada gak ustaz pernah nasihat kalau kita masuk masjid dan ada majlis ilmu lebih elok kita terus dgr kuliah ada ceramah tersebut sbb pahalanya sama dengan melakukan solat sunat seribu rakaat...
Diriwayatkan hadith daripada Abi Zarr (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepadaku: ‘Wahai Aba Zarr!Nescaya sungguh (apabila) berpagi-pagi engkau maka belajar engkau satu ayat dari Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) (adalah) lebih baik daripada bahawa engkau bersolat sunat 100 rakaat. Dan nescaya (apabila)berpagi-pagi engkau belajar satu bab dari ilmu (as-sunnah atau al-hadith), sama ada engkau beramal dengannya atau tidak beramal dengannya, lebih baik daripada bahawa engkau bersolat sunat 1,000 rakaat.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Alhamdulillah lepas abis kuliah subuh ada jamuan plak...roti cecah dgn kambing masak pedas kot...coklat2 ckit kuah dia....br igt nk p mkn roti canai kt sg ramal td....
semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu dari tulisan ni....InsyaAllah....

Saturday, February 25, 2012

Gelombang2 Bunyi


Layan lagu Abg G ni dulu



Salam penuh keceriaan buat semua…
Mampukah untuk kita mengawal gelombang otak kita?  Kerana, ada yang berkata; gelombang otak jika berada dalam keadaan yang terlalu tinggi sama bahayanya dengan tsunami…

Betul tu, aku sendiri setuju.  Justeru, telah tersurat bahawa setiap sesuatu itu memang ada kebaikannya.  Namun jika sangat berlebih-lebihan, pasti ia membawa mudarat.  Sama juga dengan gelombang otak kita.  Jika ia berlebih-lebihan dan naik terlalu tinggi, maka pasti ia membawa keburukan.  Oleh itu kita perlu untuk sentiasa mengawal keadaan getarannya.  Jangan terlalu tinggi (beta) dan jangan terlalu rendah (delta).

Sains dan teknologi telah membuktikan bahawa muzik atau gelombang bunyi dapat mengawal gelombang otak.  Oleh itu, terciptanya brainwave entertainment.  Setakat ini terdapat dua jenis ‘rawatan’ gelombang muzik yang dapat mengawal gelombang otak; menggunakan rentak binaural, dan tona isokronik.  Biasanya, kita akan menggunakan headphone untuk mendengar gelombang dan bunyi muzik itu dengan lebih baik.

Penggunaan gelombang ini dikatakan dapat menstabilkan gelombang otak kerana otak yang terbahagi kepada dua bahagian akan saling bergantungan antara satu sama lain.  Konsepnya, dengan menggunakan headphone yang agak baik, akan menghasilkan bunyi tona yang tidak sekata.  Telinga kiri diperdengarkan dengan muzik berfrekuansi 30Hz, manakala telinga kanan diperdengarkan dengan gelombang 20Hz.  Otak akan mentafsirkan kekuatan gelombang yang berbeza ini menyebabkan gelombang otak menurun ke 10Hz.  Ini menunjukkan bahawa otak telah berjaya menurun ke tahap alpha (tenang dan damai).

Namun begitu, ada satu lagi kaedah yang sangat unik dan mudah untuk mengawal gelombang otak.  Aktiviti menyatakan sesuatu secara berulang-ulang juga dapat mengawal dan menurunkan gelombang otak.  Zikir, adalah perkara yang dimaksudkan.  Ini memang telah terbukti, apabila otak mentafsirkan pengucapan yang diulang-ulang (beta), semakin lama ia menurun ke tahap alpha apabila sampai ke suatu jangka masa yang tertentu.  Ini akan terjadi dengan lebih baik jika suasana berzikir itu dilakukan semasa hari dan keadaan yang tenang, contohnya di tengah malam, atau subuh.

Lihat situasi ini;  semasa berada dalam keadaan marah contohnya dalam kesesakan jalan raya (gelombang otak beta), kita tersedar akan kemarahan itu tidak baik dan mula berzikir, dan beristighfar.  Apa yang akan berlaku?  Pasti sahaja kita akan merasa tenang dan tidak marah lagi.  Ini adalah kerana kita telah berjaya mengawal gelombang otak dari beta menurun ke alpha dengan menggunakan kaedah berzikir.

Dalam keadaan Alpha senang untuk doa kita diterima sebab kita dalam keadaan tawaduk kpd Allah S.W.T InsyaAllah

Friday, February 24, 2012

3 Perkara Kesukaan....


Salam,
Td ustaz dari Indon bagi khutbah jumaat pasal ni la....rilek sj x ikut text...tp penuh ilmiah....
Sama2 lah amik ilmu dari petikan dibawah ni...
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”
1- Wangi-wangian.
2- Membela nasib kaum wanita
3- Ketenangan semasa solat.
Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”
1- Melihat wajah Rasullullah.
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.
3- Suka anaknya Aisyah menjadi isteri Rasullullah.
Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”
1- Mencegah kemungkaran.
2- Menyuruh kepada kebaikan.
3- Berpakaian sederhana.
Selepas itu Saidina Usman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”
1- Memberi makan orang yang lapar.
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.
3- Membaca Al-Quran.
Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Usman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”
1- Melayan tetamu.
2- Berpuasa di musin panas.
3- Memukul musuh dengan pedangku (semasa perang).
Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:
1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- Menyampaikan doa org yg dizalimi
Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”
1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….

InsyaAllah semoga kita dapat menjadi sebahagian dari Kesukaan diatas....dengan usaha terbaik dan ikhlas
ada balasan ke atas setiap kebaikan kita...

Kewajipan Menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. 

Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan2 serta ibadah2 serta muamalah zahir.
Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang Ghaib.
Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan. 

Kebanyakan kita sedia maklum tentang2 ketiga2 Ilmu ini.  Tetapi apa yang ingin kita paparkan didalam kesempatan ini adalah kelemahan Ummat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya abaikan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri.   Dalam ertikata penyemprnaan kepada kepada sifat2 Mu'min itu telah diabaikan.  

Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat universiti kita diajar dengan berbagai bidang ibadah solat, puasa, zakat dll. Alhamdulillah.   Tetapi malang sekali sangat sedikit atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat2 nafsu, kebinasaan2 yang dihasilkan oleh nafsu2 kejahatan, kaedah2 memerangi nafsu dan syaitan yang merosakkan jiwa.  Sedangkan  penyucian jiwa ini adalah yang paling penting didalam kehidupan seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala :



يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 ) 



Dan Sabda Nabi   صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).



Apa yang disebut didalam ayat2 diatas adalah berkenaan hati yang sejahtra, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk mazmumah.  Hanya hati2 yang suci ini selamat dunia dan akhirat.

Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah - (sifat2 kekejian)  dan memperoleh sifat2 mahmudah yang terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya. 


Wallahu A'lam

Semangat...


Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua
JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sampai Allah memanggil:
“Waktu untuk PULANG”

Dah dpt peluang untuk men kelab besar ckit...peluang untuk rasa men team profesional ckit...

InsyaAllah akan gunakan peluang sebaik mungkin....kalau dh champion lepas ni bleh la slow ckit ...
tp by the time kewajipan sebagai Muslim tidak dilupakan...


Berubah untuk kehidupan yg lebih baik....

Thursday, February 23, 2012

Patience



Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

Saturday, February 18, 2012

Sains Dan Islam

Salam dan Slmt mlm...

Alhamdulillah dari niat nk p solat maghrib sj kt surau td berkesempatan dgr ceramah dari PROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF HJ. OTHMAN tentang sains dan Islam..mmg tajuk dia besaq dan masa dia prof bleh cita pun sat sj....so dia bg ceramah secara umum dan ada yg diperincikan....cek plak p dgr x bawak apa..so mana yg bleh igt sj dpt cek tulis....

Mula2 dia bercerita sejarah ckit....dari ilmuan2 Islam dulu Al Kindi, Ibn Sina, Al Khawarizmi dan lain2 pastu dia kait kan dgn saintis barat yg cthnya galileo galilei mengambil idea Cendekiawan Islam......

Kemudian masuk plak kepada bidang2 lain seperti Ekonomi dan Islam yg prof cerita untung mesia ada bank Islam dan menggunakan syariat Islam walaupun ada lagi masalah tp semua boleh dibawa berbincang dan selesaikan. Yg dia ceritakan jepun br mula nk amik tahu tentang ekonomi yg dilaksanakan mengikut syariat Islam dan Britain pun br ada bank islam Islamic Bank of Britain. Byk org2 arab kt British dh simpan duit kt sna...sbb depa tau bank conventional mengamalkan sistem riba...

Pastu prof ada cerita basic fizik dan kaitkan dgn alam sekarang....beliau bercerita tentang Global Warming yg heboh org duk sembang dlu....lani slow dh ckit...cthnya belon, bila dipanaskan udara dlm belon akan panas dan  belon akan mengembang....mcm tu gak bumi bila bumi dh panas sbb global warming bumi patutnya mengembang tp sbb bumi ada teras bumi maka kawasan2 muka yg struktur x kuat akan lemah dan merekah sbb tu lani bukan byk tp kerap jadi gempa bumi, banjir besar, tsunami sbb setiap perkara atau benda ada kadarnya...apa bila sesuatu melebihi atau kurang tu yg jd mcm2 masalah...mcm manusia mkn byk dpt penyakit, mkn kurang x cukup zat...sama la alam ni...

Lagi prof ada beri ilmu yg dikaitkan dgn Islam yg membolehkan org Islam paham dan tau tentang perkara2 ghaib dan mukjizat nabi cth seperti Nabi Ibrahim A.S yg di masukkan dlm api yg marak tapi atas perintah Allah S.W.T api tu tidak membakar nabi Allah tersebut padahal api tu bersifat panas dan membakar.Tp sebab kita paham iaitu kpd Rukun Iman yg pertama Beriman Kpd Allah S.W.T kita percaya Allah yg mengatur perjalanan hidup kita. Kita tahu semua perkara yg berlaku adalah kerana Allah yg membenarkan...kita mkn waktu lapar..yg mknn tu adalah utk badan kita..yg mengenyang itu Allah yg memberi...sakit kita mkn ubat, yg menyembuhkan Allah S.W.T...sama gak dgn berkahwin...berkahwin tu adalah akad nikah yg kita buat...tp bahagia tu Allah yg bagi kpd suami isteri yg masing2 redha dan mencintai Allah dan Rasulnya...

yg last skali ustaz ada bgtau semua yg berlaku dan kita kaitkan dgn Al-Quran dan diceritakn dalam Al-Quran tu adalah untuk kita memahami dan kita gunakan ilmu sains untuk mentadbir alam sebagai khalifah dlm muka bumi ni.....dan utk kita semakin mendalami dan mencintai Islam...

InsyaAllah kalau ilmu berguna bleh sebarkan kpd sahabat2 lain..kalau ada salah dan silap tlg bgtau...bleh cek betuikan....wasalam