Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN atas setiap mukallaf lelaki dan wanita.
Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan2 serta ibadah2 serta muamalah zahir.
Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang Ghaib.
Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan.
Kebanyakan kita sedia maklum tentang2 ketiga2 Ilmu ini. Tetapi apa yang ingin kita paparkan didalam kesempatan ini adalah kelemahan Ummat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya abaikan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri. Dalam ertikata penyemprnaan kepada kepada sifat2 Mu'min itu telah diabaikan.
Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat universiti kita diajar dengan berbagai bidang ibadah solat, puasa, zakat dll. Alhamdulillah. Tetapi malang sekali sangat sedikit atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat2 nafsu, kebinasaan2 yang dihasilkan oleh nafsu2 kejahatan, kaedah2 memerangi nafsu dan syaitan yang merosakkan jiwa. Sedangkan penyucian jiwa ini adalah yang paling penting didalam kehidupan seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala :
يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )
Dan Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).
Apa yang disebut didalam ayat2 diatas adalah berkenaan hati yang sejahtra, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk mazmumah. Hanya hati2 yang suci ini selamat dunia dan akhirat.
Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah - (sifat2 kekejian) dan memperoleh sifat2 mahmudah yang terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment