Salam,
Td ustaz dari Indon bagi khutbah jumaat pasal ni la....rilek sj x ikut text...tp penuh ilmiah....
Sama2 lah amik ilmu dari petikan dibawah ni...
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”
1- Wangi-wangian.
2- Membela nasib kaum wanita
3- Ketenangan semasa solat.
Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”
1- Melihat wajah Rasullullah.
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.
3- Suka anaknya Aisyah menjadi isteri Rasullullah.
Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”
1- Mencegah kemungkaran.
2- Menyuruh kepada kebaikan.
3- Berpakaian sederhana.
Selepas itu Saidina Usman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”
1- Memberi makan orang yang lapar.
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.
3- Membaca Al-Quran.
Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Usman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”
1- Melayan tetamu.
2- Berpuasa di musin panas.
3- Memukul musuh dengan pedangku (semasa perang).
Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:
1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- Menyampaikan doa org yg dizalimi
Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”
1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….
InsyaAllah semoga kita dapat menjadi sebahagian dari Kesukaan diatas....dengan usaha terbaik dan ikhlas
ada balasan ke atas setiap kebaikan kita...
InsyaAllah semoga kita dapat menjadi sebahagian dari Kesukaan diatas....dengan usaha terbaik dan ikhlas
ada balasan ke atas setiap kebaikan kita...
No comments:
Post a Comment