Sunday, February 26, 2012

Pekena Kambing

Alhamdulillah murah rezki smlm dgn pagi ni.....ada Ceramah Maulidur Rasul smlm meriah sekali org p dgr ceramah dari ustaz Asmuii....mmg acara Perdana gak la surau Al-Kauthar kt Seksyen 4 ni...pastu di war2 kan dlm radio IKIM fm lg...Ustaz dh bgtau awai2 dh ada lauk kambing....gamaknya sbb tu la org ramai....

Ustaz Asmuii cerita sirah tentang sambutan maulidur Rasul...dan antara org pertama yg sambut adalah paman @ pakcik Rasulullah S.A.W iaitu Abdul Uzza a.k.a Abu Lahab dimana dimemerdekakan hambanya yg memberi berita kelahiran Nabi Muhammad S.A.W iaitu Suhaibah. Suhaibah juga menjadi salah seorg ibu susu Nabi yg terawal....lepas tu dari kecik hingga Nabi dewasa Abu Lahab masih sayang kan Nabi......sehingga Nabi membuat pengumuman atas Perlantikan sebagai Rasul dan Nabi, dan Rasulullah menyeru kaum arab jahiliyyah untuk memeluk Islam ketika itu.....tapi apa yg sebenarkan nak diceritakan ialah walaupun Abu Lahab antara org pertama yg sambut maulidur rasul tapi tidak diberikan Nikmat Iman & Islam....ada gak dlm kehidupan kita lani....sambut Maulidur Rasul tiap2 tahun...tp x pernah amik ikhtibar dan teladan dari ceramah2 yg diikuti....

Kuliah Subuh pagi td plak ada Ustaz jemputan x dgr sgt nama dia...dia menceritakan 4 soalan yg akan ditanya diakhirat kelak...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
Kedua : Tubuh badannya, apakah yg dilakukannya dengannya?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)



1. Semua org akan mati, tua muda miskin kaya xkira waktu dan tempat dan x diganjakkan awal atau cepat sesaat pun..jd sama2 la kita berdoa semoga kita mati dalam Islam...dan mati paling mulia sekali Mati Syahid menegakkan Islam dimuka bumi ni...


2. Minda yang cerdas bermula dari tubuh badan yg cergas. Dengan tubuh badan yg sehat dan muda ni lah masa untuk kita byk bual amal...sbb kematian adalah rahsia Allah SWT. dan bersiap2 lah kita untuk seolan kedua tu...


3. Harta yg kita ada lani adalah dari Allah SWT dan jgn lah bongkak atau sombong. Sbb harta didunia ni tidak dpt dibandingkan dgn kurniaan Allah SWT diakhirat kelak....biar lah dgn sedikit tp berkat dan sentiasa kita memohon dan berdoa supaya kita tidak lupa pada Allah SWT. Dan jika Allah bg byk rezki pun bleh infak pada surau or masjid2...tlg anak yatim, ibu tunggal, DLL...


4. Hadis Nabi
23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimuorang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalumendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)
semoga kita menjadi dari 4 golongan tersebut.
1- Orang Alim yg menyampai ilmu
2- Orang yg menuntut ilmu
3- Orang yg mendengar ilmu
4- Orang yg mencintai ketiga2 golongan diatas
Moga kita terhindar dr menjadi org ke 5 yg x termasuk dr golongan diatas....ada gak ustaz pernah nasihat kalau kita masuk masjid dan ada majlis ilmu lebih elok kita terus dgr kuliah ada ceramah tersebut sbb pahalanya sama dengan melakukan solat sunat seribu rakaat...
Diriwayatkan hadith daripada Abi Zarr (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepadaku: ‘Wahai Aba Zarr!Nescaya sungguh (apabila) berpagi-pagi engkau maka belajar engkau satu ayat dari Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) (adalah) lebih baik daripada bahawa engkau bersolat sunat 100 rakaat. Dan nescaya (apabila)berpagi-pagi engkau belajar satu bab dari ilmu (as-sunnah atau al-hadith), sama ada engkau beramal dengannya atau tidak beramal dengannya, lebih baik daripada bahawa engkau bersolat sunat 1,000 rakaat.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Alhamdulillah lepas abis kuliah subuh ada jamuan plak...roti cecah dgn kambing masak pedas kot...coklat2 ckit kuah dia....br igt nk p mkn roti canai kt sg ramal td....
semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu dari tulisan ni....InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment