Saturday, February 25, 2012

Gelombang2 Bunyi


Layan lagu Abg G ni dulu



Salam penuh keceriaan buat semua…
Mampukah untuk kita mengawal gelombang otak kita?  Kerana, ada yang berkata; gelombang otak jika berada dalam keadaan yang terlalu tinggi sama bahayanya dengan tsunami…

Betul tu, aku sendiri setuju.  Justeru, telah tersurat bahawa setiap sesuatu itu memang ada kebaikannya.  Namun jika sangat berlebih-lebihan, pasti ia membawa mudarat.  Sama juga dengan gelombang otak kita.  Jika ia berlebih-lebihan dan naik terlalu tinggi, maka pasti ia membawa keburukan.  Oleh itu kita perlu untuk sentiasa mengawal keadaan getarannya.  Jangan terlalu tinggi (beta) dan jangan terlalu rendah (delta).

Sains dan teknologi telah membuktikan bahawa muzik atau gelombang bunyi dapat mengawal gelombang otak.  Oleh itu, terciptanya brainwave entertainment.  Setakat ini terdapat dua jenis ‘rawatan’ gelombang muzik yang dapat mengawal gelombang otak; menggunakan rentak binaural, dan tona isokronik.  Biasanya, kita akan menggunakan headphone untuk mendengar gelombang dan bunyi muzik itu dengan lebih baik.

Penggunaan gelombang ini dikatakan dapat menstabilkan gelombang otak kerana otak yang terbahagi kepada dua bahagian akan saling bergantungan antara satu sama lain.  Konsepnya, dengan menggunakan headphone yang agak baik, akan menghasilkan bunyi tona yang tidak sekata.  Telinga kiri diperdengarkan dengan muzik berfrekuansi 30Hz, manakala telinga kanan diperdengarkan dengan gelombang 20Hz.  Otak akan mentafsirkan kekuatan gelombang yang berbeza ini menyebabkan gelombang otak menurun ke 10Hz.  Ini menunjukkan bahawa otak telah berjaya menurun ke tahap alpha (tenang dan damai).

Namun begitu, ada satu lagi kaedah yang sangat unik dan mudah untuk mengawal gelombang otak.  Aktiviti menyatakan sesuatu secara berulang-ulang juga dapat mengawal dan menurunkan gelombang otak.  Zikir, adalah perkara yang dimaksudkan.  Ini memang telah terbukti, apabila otak mentafsirkan pengucapan yang diulang-ulang (beta), semakin lama ia menurun ke tahap alpha apabila sampai ke suatu jangka masa yang tertentu.  Ini akan terjadi dengan lebih baik jika suasana berzikir itu dilakukan semasa hari dan keadaan yang tenang, contohnya di tengah malam, atau subuh.

Lihat situasi ini;  semasa berada dalam keadaan marah contohnya dalam kesesakan jalan raya (gelombang otak beta), kita tersedar akan kemarahan itu tidak baik dan mula berzikir, dan beristighfar.  Apa yang akan berlaku?  Pasti sahaja kita akan merasa tenang dan tidak marah lagi.  Ini adalah kerana kita telah berjaya mengawal gelombang otak dari beta menurun ke alpha dengan menggunakan kaedah berzikir.

Dalam keadaan Alpha senang untuk doa kita diterima sebab kita dalam keadaan tawaduk kpd Allah S.W.T InsyaAllah

No comments:

Post a Comment