Assallammualaikum..
Saudara/saudari, pembaca budiman yang saya hormati, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kalimat yang sangat indah.
Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim hendak di masukkan dalam api yang marak, Jibril bertanya kepada baginda – Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’ Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.
Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subhannallah..
Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyerbut2 kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kememangan kepada baginda.
Rakan-rakan pembaca yang dihormati,
Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba2nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya. Kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati dan juga ketika kita dalam kesusahan, InsyaAllah sesungguhnya Allah mengasihani hambanya yang bertaqwa. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment