Tadi sebelum masuk waktu jumaat ada ustaz bg tazkirah...so bleh berkongsi ckit
1. Iktikaf yg slalu kita tgk ada tulis kt depan masjid....
Iktikaf perkataan Arab yg digunapakai dalam bahasa melayu...maksud pendek dr Iktikaf ada la berhenti ..
kalau dalam bahasa arab nk translate pnjg lagi la....
Cuma ustaz tu tya bila kita stat niat iktikaf tu....sepatutnya kalau org yg masuk masjid nk bt apa pun dlm keadaan berwuduk pastu berhenti sekejap untuk niat iktikaf pastu br bt apa yg diniatkan walaupun duduk shj...baring..atau sapu sampah, tukar mentol...repair aircon...InsyaAllah selagi wuduk x terbatal dan x kuar masjid akan dpt pahala iktikaf tu..
Kelebihan iktikaf
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : … وَمَنْ اعْتَكَفَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ جَعَلَ اللهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ ثَلاَثَ خَنَادِقَ . كُلُّ خَنْدَقِ أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ الْخَافِقَيْنِ.
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas R.A daripada Nabi SAW ia bersabda : … Dan barangsiapa yang beriktikaf satu hari kerana menuntut keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di antaranya dan di antara api neraka (berjauhan) tiga buah parit, di mana jarak di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. (Dikeluarkan oleh At-Tabrani dan Al-Hakim, ia berkata : Sohih Al-Isnad (At-targhib wa At-tarhib 2/149 – 150),
2. Doa Makan
Pada sesi tazkirah yg sama ustaz tu memberi peringatan tentang doa mkn yg slalu kita baca...
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Berkaitan dgn doa ini kita memohon supaya rezki yg kita dpt tu berkat dan doa ni x semestinya dibaca ketika mkn sj...time nk kuar duit dr ATM pada 25hb (time gaji) boleh gak baca..semoga berkat gaji yg dpt tu....InsyaAllah rezki yg berkat walaupun ckit tp cukup untuk satu keluarga x rasa kurang pun....kalau x berkat gaji rm20000 pun x cukup......semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan mensyukuri Nikmat dari Allah S.W.T.
apa yg ustaz cuba sampaikan ialah untuk kita tahu apa maksud bacaan kita...x kisah la doa ataupun surah2 lazim.cthnya Al Fatihah sehari kita wajib baca 17 kali...dh brp taun solat...tp still igt2 lupa...bersama memantapkan diri untuk masa depan yg lebih gemilang...InsyaAllah bleh la amik ilmu ckit2....
Assalam....
No comments:
Post a Comment